Ahad, 3 Disember 2017

5 days In Jeju Island - Solo traveler

Hari 1 (29/11)
Kami sampai Jeju dalam pukul 8 lebih bertolak dari Gimpo Airport naik Jeju airlines harga tiket agak ok return fligh aku dapat dapat dalam x sampai RM 250. Landing je terus menuju ke information desk cari map Jeju untuk rancang aktiviti. tapi sebenarnya badan tak hilang letih lagi akibat 2 hari tidur airport haha.
Selama ada dekat Jeju aku 100% guna public transport dan kaki sendiri 😜. Hari pertama memang agak kacau sebab kita kan tak biasa dengan sistem bas die lagi sekali banyak kali gila aku pusing entah kemana hala.

Tapi biasalah kan we learn from mistakes.  Hari kedua aku rasa dah macam orang local naik bas. Mula-mula pastikan korang ada T-money kalau tak tahu rujuk post aku sebelum ni. Kad macam touch n go memang mudah nak guna dia.

🌸Bas kat jeju ni ada 3 jenis warna : hijau turqoise, biru ngan merah. Kat tepi bas dia ada letak nama kawasan yang dia lalu. Kalau tak pasti tanya driver bas diorang tak marah punya.

🌸Cara check jadual bas korang boleh rujuk google map. Apps tu memang sangat membantu. Taip je nak kemana nanti keluar jadual bas dan kalau kena transfer bas pun die tulis gak siap waktu lagi.

🌺Kalau korang nak tahu orang Jeju pun guna google jugak untuk check laluan bas tau. So bukan benda pelik pun kat Korea ni.

🌸No worries kalau korang tak amik wifi router @ sim card, sebab dekat setiap bas stop ada line internet. Dalan bas pun ada tapi bas warna merah tiada ye. So boleh check laluan siap-siap

Google map - kalau yang korea tu guna goole translate je

Ni senarai bas stop yang dia berhenti

🌼Sebelum naik bas - Korang kena tap kad t-money kat mesin diorang and charge 1150 won sekali naik.
🌼Semasa naik bas - Bila dah nampak senarai perjalanan kat google map korang boleh tengok gak kat skrin dalam bas. Kalau bas stop terakhir sama macam dalam senarai, turun je. Kalau salah bas macam mana??? Senang je...naikla bas lain.

Skrin dalam bas. Memang dia buat announcement macam dalam train.

🌼Bila nak keluar bas - kalau korang transfer bas, sila tap kad t-money sekali lagi. Kenapa?? Sebab kalau transfer atau korang salah bas, dalam masa 40 minit dia takkan charge pun. So, kalau salah bas pun bukan masalah besar kan 😜 haha.

Lepas ni semua orang yang travel solo ke jeju atau tak berani nak bawa kereta semua dah boleh datang dan melawar kawasan dengan bas je. Selamat Mencuba.





ITINERARY SEPANJANG DI JEJU
Sepanjang lebih kurang 4 hari di jeju (tolak hari sampai) banyak juga tempat yang boleh dilawati dengan hanya menaiki bas.

1) HALLA ARBOTERUM
Pemandangan kat sini memang cantik. Nasib pergi masih lagi ada daun-daun merah. Kalau naik bas berhenti dekat bas stop jeju high school. Kalau nak senang tunggu bas warna biru kat tepi dia ada tulis HALLA ARBOTERUM, inshaa Allah sampai.

Daun masih merah

Selpi sekali 

Mar's Happy Feet to South Korea

Cuti sekolah baru saja bermula, belum panas punggung dekat rumah lagi terus siap-siap barang untuk trip ke Korea. Serius penat wey haha (padan muka aku). Perjalanan kami bermula pada 28 Nov ke Incheon pukul 7.20 pagi. Sampai Icheon dalam pukul 2.30 petang beza waktu kita dalam sejam je.

Selepas tegak pinggang 6 jam dalam flight akhirnya aku sampai juga. Masalah dia suhu ya Allah bagi aku sejuk sangat sebab angin dia fuhhh menggigil.

Turun je flight kita kena naik train ke immigresen dia

Hehe

Lepas tu terus ke imegresen dan ambil beg. Syukur juga kat imegresen tak banyak hal. Malam tu tidur airport je sebab esoknya nak bertolak ke Jeju yeay 😝😎.


Isnin, 30 Oktober 2017

Korean Tourism Organisation Voucher Boooklet Percuma

Ada beberapa minggu lagi dah nak travel secara backpacker ke korea. Fuhh memang x disangkal sangat mencabar dari segi pengurusan perjalanan (itinerary), kos, dan tempat tinggal. Semuanya memerlukan ketelitian tapi yang pastinya itu hanya perancangan apa yang berlaku di masa hadapan kita tak tahu. Yang penting persiapan itu perlu.

Sebagai seorang backpack traveller tipu kalau saya katakan bajet itu tidak penting. Kos-kos yang tidak penting perlu dielakkan bagi menolak pembaziran. So, tak salahkan kalau kita cari alternatif selagi boleh untuk mengurangkan kos hehe.

Korean Tourism Organisation (KTO) selalu membuat promosi memberikan voucher-voucher diskaun termasuk T-money kepada sesiapa sahaja yang berhajat ke Korea but of course while it is still available. Kalau dah habis kena tunggu dia restock semula. Saya pun tak terkecuali dari memohon voucher tu.

Kalau korang nak ambil terus di pejabat KTO di menara boleh, kalau yang tinggal di luar KL nak ikut pos lau pun boleh. Tapi yang penting korang kena pergi ke laman web http://www.visitkorea.com.my dan isi survey kat situ. But first, mesti register jadi member kaki korea dulu ye. Selamat mencuba 😉. Saya dah dapat yang saya punya.

         
Plastik parcel ni kita yang kena poskan sekali dengan itinerary, passport dan kod survey tau. Bukan dia yang bagi.

Haa... ni lah voucher-voucher dan pamplet yang boleh digunakan kat sana. Memang kat sana ada tapi tak salah kalau research awalkan 😊

Haha senget plak gambar ni..okay yang ni kad T-money which is an essential waktu nak guna public transport kat Korea tau. 


Jumaat, 30 Jun 2017

My adventure.

It has been a while since I stopped doing adventure stuff. Because life is just challenging that forced me to focus more on stability of my family matters. But im not going to let that being my obstacles for me to pursue my interest. I do love outdoor activities and now found new love which is travelling.

I love red so much but I think the colour is too vibrant right haha.

This is just the teaser weeeee.

Sabtu, 6 Mei 2017

Rasa macam nak berblog balik pulak haha

Haha dari zaman sekolah dulu banyak kali buat blog tapi x pernah tahan lama.. But this time i think i should be serious. Sebab banyak benda yang boleh di kongsi termasuk pengalaman.

With my bestie merangkap the youngest in family


5 days In Jeju Island - Solo traveler

Hari 1 (29/11) Kami sampai Jeju dalam pukul 8 lebih bertolak dari Gimpo Airport naik Jeju airlines harga tiket agak ok return fligh aku dap...