Isnin, 30 Oktober 2017

Korean Tourism Organisation Voucher Boooklet Percuma

Ada beberapa minggu lagi dah nak travel secara backpacker ke korea. Fuhh memang x disangkal sangat mencabar dari segi pengurusan perjalanan (itinerary), kos, dan tempat tinggal. Semuanya memerlukan ketelitian tapi yang pastinya itu hanya perancangan apa yang berlaku di masa hadapan kita tak tahu. Yang penting persiapan itu perlu.

Sebagai seorang backpack traveller tipu kalau saya katakan bajet itu tidak penting. Kos-kos yang tidak penting perlu dielakkan bagi menolak pembaziran. So, tak salahkan kalau kita cari alternatif selagi boleh untuk mengurangkan kos hehe.

Korean Tourism Organisation (KTO) selalu membuat promosi memberikan voucher-voucher diskaun termasuk T-money kepada sesiapa sahaja yang berhajat ke Korea but of course while it is still available. Kalau dah habis kena tunggu dia restock semula. Saya pun tak terkecuali dari memohon voucher tu.

Kalau korang nak ambil terus di pejabat KTO di menara boleh, kalau yang tinggal di luar KL nak ikut pos lau pun boleh. Tapi yang penting korang kena pergi ke laman web http://www.visitkorea.com.my dan isi survey kat situ. But first, mesti register jadi member kaki korea dulu ye. Selamat mencuba 😉. Saya dah dapat yang saya punya.

         
Plastik parcel ni kita yang kena poskan sekali dengan itinerary, passport dan kod survey tau. Bukan dia yang bagi.

Haa... ni lah voucher-voucher dan pamplet yang boleh digunakan kat sana. Memang kat sana ada tapi tak salah kalau research awalkan 😊

Haha senget plak gambar ni..okay yang ni kad T-money which is an essential waktu nak guna public transport kat Korea tau. 


5 days In Jeju Island - Solo traveler

Hari 1 (29/11) Kami sampai Jeju dalam pukul 8 lebih bertolak dari Gimpo Airport naik Jeju airlines harga tiket agak ok return fligh aku dap...