Ahad, 3 Disember 2017

5 days In Jeju Island - Solo traveler

Hari 1 (29/11)
Kami sampai Jeju dalam pukul 8 lebih bertolak dari Gimpo Airport naik Jeju airlines harga tiket agak ok return fligh aku dapat dapat dalam x sampai RM 250. Landing je terus menuju ke information desk cari map Jeju untuk rancang aktiviti. tapi sebenarnya badan tak hilang letih lagi akibat 2 hari tidur airport haha.
Selama ada dekat Jeju aku 100% guna public transport dan kaki sendiri 😜. Hari pertama memang agak kacau sebab kita kan tak biasa dengan sistem bas die lagi sekali banyak kali gila aku pusing entah kemana hala.

Tapi biasalah kan we learn from mistakes.  Hari kedua aku rasa dah macam orang local naik bas. Mula-mula pastikan korang ada T-money kalau tak tahu rujuk post aku sebelum ni. Kad macam touch n go memang mudah nak guna dia.

🌸Bas kat jeju ni ada 3 jenis warna : hijau turqoise, biru ngan merah. Kat tepi bas dia ada letak nama kawasan yang dia lalu. Kalau tak pasti tanya driver bas diorang tak marah punya.

🌸Cara check jadual bas korang boleh rujuk google map. Apps tu memang sangat membantu. Taip je nak kemana nanti keluar jadual bas dan kalau kena transfer bas pun die tulis gak siap waktu lagi.

🌺Kalau korang nak tahu orang Jeju pun guna google jugak untuk check laluan bas tau. So bukan benda pelik pun kat Korea ni.

🌸No worries kalau korang tak amik wifi router @ sim card, sebab dekat setiap bas stop ada line internet. Dalan bas pun ada tapi bas warna merah tiada ye. So boleh check laluan siap-siap

Google map - kalau yang korea tu guna goole translate je

Ni senarai bas stop yang dia berhenti

🌼Sebelum naik bas - Korang kena tap kad t-money kat mesin diorang and charge 1150 won sekali naik.
🌼Semasa naik bas - Bila dah nampak senarai perjalanan kat google map korang boleh tengok gak kat skrin dalam bas. Kalau bas stop terakhir sama macam dalam senarai, turun je. Kalau salah bas macam mana??? Senang je...naikla bas lain.

Skrin dalam bas. Memang dia buat announcement macam dalam train.

🌼Bila nak keluar bas - kalau korang transfer bas, sila tap kad t-money sekali lagi. Kenapa?? Sebab kalau transfer atau korang salah bas, dalam masa 40 minit dia takkan charge pun. So, kalau salah bas pun bukan masalah besar kan 😜 haha.

Lepas ni semua orang yang travel solo ke jeju atau tak berani nak bawa kereta semua dah boleh datang dan melawar kawasan dengan bas je. Selamat Mencuba.





ITINERARY SEPANJANG DI JEJU
Sepanjang lebih kurang 4 hari di jeju (tolak hari sampai) banyak juga tempat yang boleh dilawati dengan hanya menaiki bas.

1) HALLA ARBOTERUM
Pemandangan kat sini memang cantik. Nasib pergi masih lagi ada daun-daun merah. Kalau naik bas berhenti dekat bas stop jeju high school. Kalau nak senang tunggu bas warna biru kat tepi dia ada tulis HALLA ARBOTERUM, inshaa Allah sampai.

Daun masih merah

Selpi sekali 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

5 days In Jeju Island - Solo traveler

Hari 1 (29/11) Kami sampai Jeju dalam pukul 8 lebih bertolak dari Gimpo Airport naik Jeju airlines harga tiket agak ok return fligh aku dap...